Mungkin
Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dgn orang yg salah sebelum menemui insan yg
betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yg betul, kita akan tahu
bagaimana utk bersyukur dgn pemberian dan hikmah disebalik pemberian tersebut.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.
Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yg lain akan terbuka tapi selalunya kita akan memandang pintu yg telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu lain yg telah pun terbuka untuk kita.

Teman yg paling baik ialah seseorang yang kita boleh duduk bersama di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dgn perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yg pernah kita rasai.
Ia cuma
mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam utuk menyukai
seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa
sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan
pandang kepada kecantikan kerana ianya akan lapuk ditelan usia, jangan kejar
kemewahan kerana ianya akan susut ditelan masa. Apa yang kekal hanyalah
kecantikan hati seseorang... .
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpikanlah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.
Carilah seseorang yang bisa membuatkan kamu tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yg suram. Akan tiba satu ketika didalam kehidupan apabila kamu teramat rindukan seseorang sehingga kamu ingin menggapainya dari mimpi dan memeluknya dengan sebenar.
Mimpikanlah apa yang kamu inginkan, pergilah ke mana-mana yg kamu ingin tujui dan jadilah apa yg kamu inginkan kerana kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin kamu lakukan.

Semoga kamu memiliki kebahagiaan yg cukup untuk membuatkan diri kamu menarik, percubaan yg cukup utk membuatkan kamu kuat, kesedihan yg cukup utk memastikan kamu adalah seorang insan dan harapan yg cukup utk membuatkan kamu bahagia... .
Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yg terbaik. Mereka hanya membuat yg terbaik dalam hampir apa saja yg datang didalam hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yg menangis, mereka yg terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yg telah mencuba, hanya mereka yg boleh menghargai kepentingan manusia yg telah menyentuh hidup mereka.
Cinta
bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn tangisan... ..

Masa depan yg cerah sentiasa berteraskan kehidupan yg lalu yg telah dilupakan, kamu tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga kamu melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam
" Cinta takkan datang kalau tidak dicari"
Jangan simpan kata-kata cinta pada orang
yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa
catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta
yang tersimpan dibenakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.
Perkara yang paling kejam dalam hidup
adalah kamu membuatkan seseorang menyintai dirimu sepenuh hati dan sanggup
menyerahkan segala-galanya demi sebuah cinta yang suci, sedangkan kamu hanya
sekadar menuturkan kata-kata cinta di bibir sahaja... meskipun lidahnya
melontarkan kata-kata kemaafan, namun hatinya tidak akan memaafkan kamu sampai
bila-bila lantaran hatinya yang penuh dengan kelukaan yang amat memedihkan...
Cintailah seseorang itu atas dasar siapa
dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit
lagi, kiranya kamu benar-benar mencintainya setulus hati.

Kadangkala kamu tidak menghargai orang
yang mencintai kamu sepenuh hati, sehingga kamu kehilangannya. Pada saat itu,
tiada guna penyesalan karena perginya tanpa berkata lagi.
Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah
ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu, hanya untuk menemukan
bahwa pada akhirnya menjadi tidak berarti dan kamu harus membiarkannya pergi.
Hawa diciptakan dari rusuk Adam, bukan
dari kepala untuk dijunjung, bukan dari kaki untuk dijadikan alas, melainkan
dari sisinya untuk dijadikan teman hidup, dekat dihati untuk dicintai...

Kadang-kadang ALLAH hilangkan sekejap
matahari kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat. Puas kita mencari di mana
matahari, rupa-rupanya ALLAH nak hadiahkan kita pelangi yang indah
...
Belajarlah bersyukur dengan jodoh anugerah
tuhan.. usah mendambakan teman secantik balqis, andai dirimu tidak seindah
sulaiman.. mengapa diharapkan teman setampan yusof, andai dirimu tidak setulus
zulaikha... tak perlu mencari seistimewa khadijah, andai dirimu tidak
sesempurna Rasulullah SAW...
Jika kamu memancing ikan, setelah
ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil
ikan itu, janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air
begitu saja…. Karena ia akan sakit oleh karena bisanya
ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi
ia masih hidup... Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan
kepada seseorang, setelah ia mulai
menyayangimu hendaklah kamu menjaga
hatinya, janganlah sesekali kamu
meninggalkannya begitu saja… Karena
ia akan terluka oleh kenangan bersamamu,
dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi
dia mengingatimu...
Janganlah kamu mengganggu hidup seseorang
dengan mencuri hatinya andainya kamu tidak ikhlas menyintainya... kelak kamu
akan berlaku kejam dengan meninggalkannya dan membiarkan hatinya terluka dan
hidupnya menderita...
Cinta akan menyakitkan ketika kamu
berpisah dengan seseorang, lebih menyakitkan apabila kamu dilupakan oleh
kekasihmu, tapi cinta akan lebih menyakitkan lagi apabila seseorang yang kamu
sayangi tidak tahu apa yang sesungguhnya kamu rasakan.
Wahai sahabatku yang menderita kerana
cinta, usahlah ditangisi kekasihmu yang telah pergi, hayunlah langkahmu ke mana
sahaja yang kamu ingini demi mengubati hatimu yang luka, moga-moga kamu akan
bertemu seseorang yang dapat mengisi hatimu, kelak pasti terubat jua dan
hidupmu kembali ceria...
Tidak ada komentar:
Posting Komentar